Wednesday, June 23, 2010

sejenak ...


SYUKUR...


Mari kita sama pelajari untuk dimanafaati....


HADIS PILIHAN


Tajuk :
Mensyukuri nikmat
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.”

Riwayat Tabrani


Huraian:

*Segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran yang dituntut oleh Islam.

*Setiap muslim janganlah bersifat kedekut untuk melakukan amal kebajikan dan bersedia memperbaiki segala amal perbuatannya kerana Allah akan memberi ganjaran walau sekecil mana pun amalan tersebut.

*Kita hendaklah mengambil pengajaran di atas kesusahan yang menimpa orang lain agar terbit rasa bersyukur di dalam diri dan supaya kita tidak mempersia-siakan nikmat yang diperolehi kerana nikmat yang tidak disalahgunakan dan tidak disyukuri akan ditarik balik oleh Allah S.W.T.



Seringkali kita mengeluh dengan dugaan dan kesusahan yang menimpa..sifat syukur adalah penawar n pengubat keresahan..yang perlu disemai dalam diri setiap masa...

Gunalah NIKMAT yang ALLAH kurniakan sekarang dengan sebaiknya..

Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang...

No comments:

Post a Comment