Wednesday, June 23, 2010

sejenak ...


SYUKUR...


Mari kita sama pelajari untuk dimanafaati....


HADIS PILIHAN


Tajuk :
Mensyukuri nikmat
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.”

Riwayat Tabrani


Huraian:

*Segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran yang dituntut oleh Islam.

*Setiap muslim janganlah bersifat kedekut untuk melakukan amal kebajikan dan bersedia memperbaiki segala amal perbuatannya kerana Allah akan memberi ganjaran walau sekecil mana pun amalan tersebut.

*Kita hendaklah mengambil pengajaran di atas kesusahan yang menimpa orang lain agar terbit rasa bersyukur di dalam diri dan supaya kita tidak mempersia-siakan nikmat yang diperolehi kerana nikmat yang tidak disalahgunakan dan tidak disyukuri akan ditarik balik oleh Allah S.W.T.



Seringkali kita mengeluh dengan dugaan dan kesusahan yang menimpa..sifat syukur adalah penawar n pengubat keresahan..yang perlu disemai dalam diri setiap masa...

Gunalah NIKMAT yang ALLAH kurniakan sekarang dengan sebaiknya..

Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang...

Monday, June 14, 2010

Hobi baru aqil...





Em...Sekian lama menyepi dari blog..
agak sibuk mengemas rumah setelah berpindah...em..penatnya masih terasa.
Ditempat baru rasa lebih seronok....meskipun sedikit jauh dari tempat kerja..
Suasana baru..Semangat Baru..
Dua tiga menjak ni..aqil ada hobi baru:)..naik bas..hobi yang unik..hanya sesuai untuk kanak- kanak seperti aqil..:)
Em...baru ni, kami sekeluarga ke Taiping Perak menaiki bas JPM. Mengikuti rombongan ofis ayah ke majlis kawin rakan sekerjanya di samping melawat penjara kemunting. Yg best nyer..ramai yang bawak family...Seronok jugak travel bersama ahli keluarga ramai-ramai macam ni.
Wahhhhhhhhh...Bukan main seronok aqil dapat naik BUs




Thanks Kinah..sudi menjaga aqilah sepanjang perjalanan
aqilah agak rapat dgn kak kinah..so senyaplah aqilah dipangkuan kak kinahnya..kiranya ni kali pertama aqil n aqilah naik bas ke satu destinasi yang agak jauh..biasanya aqil round2 menaiki bas te tempat yang dekat jer:)
Sepanjang perjalanan..aqil seronok bermain-main dan melihat kenderaan lain lalu lalang.
Senyuman memanjang dapat naik bas..aqil..oh aqil:)
agaknya budak lelaki sebaya aqil memang obses dgn kenderaan seperti bas. hehe.