Monday, July 5, 2010

aksi..

AKSI DUA BERADIK!!


Melihat telatah anak-anak..membuatkan diri sentiasa terhibur. balik kerja,melihat wajah putera dan puteri, hati menjadi gumbira..lihat wajah ayahnya ..lagi rasa gembira:)
kelincahan dan telatah dua beradik memeriahkan rumah. benarlah kata orang..Makin ramai anak,makin banyak ragamnya(ku bayangkan jika ramai anak:) tapi macam tak ramai kot..huhuhu tak larat maaaaaaaa
em..aqil ..dalam menjaga adik boleh tahan jugak..di suatu hari, tanpa ku sedari, aqil memandikan aqilah dalam bilik air...haru ibu di buatnya...
ibu hanya tersedar disebabkan terdengar suara aqilah yang ketawa bila dicurahkan air oleh abang. time tu dia dalam walkernya..seronok sakan dimandikan abang...


aqilah basah kuyup dimandikan abang aqil....








Bila melihat dua beradik ini tidur..ibu rasa macam nak gelak,em....berbagai gaya..tengok tu, cian adik kena penyek dek abang:)

Melihat anak makan makanan yang dimasak oleh air tangan sendiri adalah suatu kepuasan. Apabila ibu masak, aqil akan makan banyak..huh..rasa berbaloi memasak. makanan kegemarannya masak sayur lemak putih..n sup. syurp..syurp..irup kuah..

"edappppp" katanya.
restoren makanan segera plak..aqil suka kfc(macam ayah:) )...pizza??tok usah bagila..dia tak makan..yang untungnya..ayah jugak...sbb ibu makan sekeping jer..selebihnya..ayah la:)hehheh

Sekarang ibu tak masak masakan berasaskan kicap..ntah ngapa aqil tak suka kicap(biasanya budak-budak suka kicap)
Alhamdulillah..aqil suka makan sayur(macam ibu:))..harap-harapnya ia akan berkekalan sampai ke besar.
Aqilah pulak semakin aktif dengan gaya lasaknya...
bila tengok mereka bergurau, rasa kelakar sebab aqilah sudah pandai melawan abangnya.huhu..Aqil jugak yang kena mengalah..

Kebahagian anak-anak adalah kebahagian ibu n ayah:) Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kita sekeluarga..amin:)

Wednesday, June 23, 2010

sejenak ...


SYUKUR...


Mari kita sama pelajari untuk dimanafaati....


HADIS PILIHAN


Tajuk :
Mensyukuri nikmat
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.”

Riwayat Tabrani


Huraian:

*Segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran yang dituntut oleh Islam.

*Setiap muslim janganlah bersifat kedekut untuk melakukan amal kebajikan dan bersedia memperbaiki segala amal perbuatannya kerana Allah akan memberi ganjaran walau sekecil mana pun amalan tersebut.

*Kita hendaklah mengambil pengajaran di atas kesusahan yang menimpa orang lain agar terbit rasa bersyukur di dalam diri dan supaya kita tidak mempersia-siakan nikmat yang diperolehi kerana nikmat yang tidak disalahgunakan dan tidak disyukuri akan ditarik balik oleh Allah S.W.T.



Seringkali kita mengeluh dengan dugaan dan kesusahan yang menimpa..sifat syukur adalah penawar n pengubat keresahan..yang perlu disemai dalam diri setiap masa...

Gunalah NIKMAT yang ALLAH kurniakan sekarang dengan sebaiknya..

Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang...

Monday, June 14, 2010

Hobi baru aqil...





Em...Sekian lama menyepi dari blog..
agak sibuk mengemas rumah setelah berpindah...em..penatnya masih terasa.
Ditempat baru rasa lebih seronok....meskipun sedikit jauh dari tempat kerja..
Suasana baru..Semangat Baru..
Dua tiga menjak ni..aqil ada hobi baru:)..naik bas..hobi yang unik..hanya sesuai untuk kanak- kanak seperti aqil..:)
Em...baru ni, kami sekeluarga ke Taiping Perak menaiki bas JPM. Mengikuti rombongan ofis ayah ke majlis kawin rakan sekerjanya di samping melawat penjara kemunting. Yg best nyer..ramai yang bawak family...Seronok jugak travel bersama ahli keluarga ramai-ramai macam ni.
Wahhhhhhhhh...Bukan main seronok aqil dapat naik BUs




Thanks Kinah..sudi menjaga aqilah sepanjang perjalanan
aqilah agak rapat dgn kak kinah..so senyaplah aqilah dipangkuan kak kinahnya..kiranya ni kali pertama aqil n aqilah naik bas ke satu destinasi yang agak jauh..biasanya aqil round2 menaiki bas te tempat yang dekat jer:)
Sepanjang perjalanan..aqil seronok bermain-main dan melihat kenderaan lain lalu lalang.
Senyuman memanjang dapat naik bas..aqil..oh aqil:)
agaknya budak lelaki sebaya aqil memang obses dgn kenderaan seperti bas. hehe.

Monday, May 10, 2010

nikmati kemudahan yg ada dgn harga terendah..















Sekali sekala..minda inginkan rehat n melupakan seketika tugas n kerja di pejabat..

Baru2 ni kami sekuarga sempat meluangkan masa bercuti di cameron highland..
em..biasanya bila sebut jer pasal nak bercuti ni..pasti kita fikirkan bajet, hotel, n macam2 kan..

Sebelum ni..kami pernah ke Cameron n mencari hotel yang selesa dgn harga yang berpatutan.
pada kali ini ..rasa bertuah kerana kami berpeluang menginap di rumah peranginan persekutuan yang biliknya selesa.. n harganya sangat murah...hanya RM25..emmm..sangat menguntungkan..
so kepada sesiapa kakitangan kerajaan yang ingin bercuti..cubalah layari www.bph.gov.my/



manalah tahu..ada bilik yang kosong untuk anda:)



anda boleh memilih banglo yang harganya Rm100, apartmen Rm 50 atau bilik biasa RM 25..
Jika ada peluang, ingin sekali rasanya membawa ahli keluarga yang lain bercuti bersama2 n menyewa banglo atau apartmen..
Bagi pendapat saya..ia amat berbaloi..
em..berbaloi..baloi..

Tuesday, April 20, 2010

inilah kehidupan..

Inilah kehidupan..

Easy - to judge the mistakes of others Difficult - to recognize our own mistakes
Easy - to talk without thinking Difficult - to refrain the tongue
Easy - to hurt someone who loves us. Difficult - to heal the wound
Easy - to forgive others Difficult - to ask for forgiveness
Easy - to set rules. Difficult - to follow them...
Easy - to dream every night. Difficult - to fight for a dream...
Easy - to show victory. Difficult - to assume defeat with dignity...
Easy - to admire a full moon.Difficult - to see the other side...
Easy - to stumble with a stone. Difficult - to get up...
Easy - to enjoy life every day. Difficult - to give its real value...
Easy - to promise something to someone Difficult - to fulfill that promise...
Easy - to say we love. Difficult - to show it every day...
Easy - to criticize others. Difficult - to improve oneself...
Easy - to make mistakes. Difficult - to learn from them...
Easy - to weep for a lost love. Difficult - to take care of it so not to lose it.
Easy - to think about improving. Difficult - to stop thinking it and put it into action....
Easy - to think bad of others.Difficult - to give them the benefit of doubt....
Easy - to receive.Difficult - to give

Thursday, April 15, 2010

telatah si kecil

telatah Manja ku


jangan nangis yer dik.....

nanti adik besar..kita main sesame ek:)








tertido aqilah di pangkuan ayah..










Lenanya Aina irdina aqilah tido..
















































aqil di suatu hari...


Di suatu hari...di giant, aqil menarik sebuah lori besar di rak ...lalu berkata"nakkkkkkkk"..maka ibu berkata..."aqil main kat sini je ek"hhehhehe. Maka aqilpn main la kat sebelah rak tu..hehehheheh.

Ni pulak...Ibu sempat merakam aksi aqil...



Aqil memusing-musingkan tayar lori..mcm buat eksperimen..
seronok tengok mulutnya
terlopong melihat tayar lori tu berputar..










Asyik sungguh dia..


















Tuesday, April 13, 2010

Kelas Orang Dewasa yang seronok:)


salam pertemuan..
emm rupanya seronok menerokai dunia blog ni..
semalam ibu masuk kelas belajar laman web, hari ni kelas belajar buat blog..uish..bos yang mengajar..hehheh..thanxxx en. fauzi..:)..
Minggu ni kelas x ada..student bercuti semester..em..ming dpn kembali sibuk la nampaknya:)
Pengalaman yang seronok masuk kelas bersama kawan2..macam kelas dewasa cerita p.Ramlee plak...hehhehehhh..
em...dalam kelas laman web n blog ni..sebelah ibu pakar it..pn lailiyah..hehhehe..dia sedang pk..nak tulis apa di blog..
g paling glamor kelas ni ialah yong, sbb dia banyak pengalaman bab2 web n blog nih...:)
di sebelah kanan memanggil "yong"..di sebelah kiri juga memanggil "yong"......eh..di belakang pn panggil Yong..hehheh
Pas ni rajin la ibu menulis blog..hhehhe
eh..dah tiba masa untuk untuk minum pagi..tu yg best bkursus tu..dapat makan free n yummy:)
.................................................................................................................................................................................................



Bersukur kepada Allah diatas segala kurniaanya. Hari ini kita masih mampu bernafas..mengecapi nikmat yang diberikan kepada hambanya. senyuman, tangisan, adalah asam garam kehidupan. setiap apa yang berlaku direnung agar menjadi iktibar dan panduan di kemudiaan hari. yang penting..lakukanlah yang terbaik untuk diri, keluarga n kerjaya.




Hari yang penuh keceriaan..melihat dua putera puteriku membesar, seakan masa cepat berlalu. aqil..sudah pandai bermain ngan adiknya..."ilahhhhhhh" sedap jer aqil memanggil adiknya..



Melihat wajah mereka sewaktu baru dilahirkan..seperti baru semalam ibu lalui detik itu.:)


Hari pertama aqil melihat dunia..28 januari 2008



aqil 5 bulan









Puteri.................Aina Irdina Aqilah

Hari pertama Aina Irdina Aqilah ..was born on 30 julai 2009..sehari sebelum MERDEKA!!!!!
Sejak kelahiran aina Irdina Aqilah... aqil da ada kawan. Boleh la ibu buat kerja rumah dengan hati yang senang:). aqilahpn suka makan macam abgnya. Kini dia da makan bubur. Ibu masukkan ayam@ bilis, kurma, madu, carrot,kismis dalam bubur aqilah. Resepi kakak ibu..kak nyah:)..(mengutip pengalaman ma n kakak-kakak dalam membesarkan anak2:)
makanan kegemaran aqil..biasaalah..nasik..Ababila ibu letakkan lauk atas meja makan, aqil akan berkata"acikkk"ayah..acikkk" mulalah dia memanggih ayahnya untuk makan nasi...tak sabar aqil. Pendek kata masakla apapun pasti puas hati sebab aqil akan makan dengan tekunnya:)

...........................................................................................................................................................................................
Membentuk Sahsiah
MASA seakan cepat berlalu. Kini ibu memiliki permata hati yang menghiburkan. Seharian penat berkerja seakan hilang apabila pulang ke rumah. Memandang wajah dua putera puteri..melayan kerenah mereka:)
Ibu seronok menonton rancangan Nany di tv7 setiap hari isnin malam selasa...rancangan ini banyak memberi info tentang asuhan kanak2..bagaimana pengasuh mengubah tingkahlaku anak-anak. Mendidik melalui psikologi kanak-kanak, peneguhan, pujian, denda apabila melakukan kesilapan, em..pendek kata..ia satu rancangan yg menarik. Didikan melalui psikologi lebih memberi impak yang besar terhadap tingkahlaku anak- anak. Menurut Dr. Fadilah kamsah dalam ceramahnya..kanak-kanak harus diberikan pujian apabila mereka melakukan kebaikan. Mereka akan merasa bangga diatas apa yg telah dilakukan. Ia satu penghargaan. Ungkapan seperti pandai, bagus, good kan membangkitkan kegairahan dalam diri kanak-kanak untuk melakukannya lagi..dan ia akan menjadi satu tabiat yang baik:)
Anak-anak juga mesti diajar mengucapkan perkataan terima kasih. Kadang-kadang perkara kecil begini kita sering ambil mudah. Sedangkan ia adalah sesuatu yg penting dalam membentuk sahsiah anak-anak. tambah dr fadilah lagi, kita tidak seharusnya memarahi anak dengan menggunakan perkataan yang kasar seperti"bodoh" tidak berguna"tidak pandai".atau merendah-rendahkan kebolehan mereka. Secara logiknya, kanak-kanak akan merasa diri mereka tidak mampu melakukannya kerana disekelilingi unsur negetif. Dari segi rohaninya pula..perkataan negetif dikuatiri akan menjadi doa pada anak-anak.
Em..Mari kita fikir-fikirkan...